Followers

19 February 2012

Juara Merentas Desa MSSMHT 2012

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam usaha SMK Jenagor mengekalkan kejuaraan dalam kejohanan Merentas Desa MSSM HT yang telah berlangsung baru-baru ini  di SMK Matang, Hulu Terengganu.

Pelajar Orang Asli 2012

Hari Pertama Mendaftar

Selamat datang diucapkan kepada pelajar Tingkatan 1 orang Asli Sungai Berua. Semoga pelajar tahun 2012 menjadi pemangkin kepada  orang Asli sungai Berua supaya lebih bersemangat untuk meneruskan pelajaran di peringkat lebih tinggi. Ini kerana Dunia sekarang mementingkan pendidikan dan  mereka tidak terus ketinggalan,




Pelajar dari kalangan Orang Asli Sungai Berua tidak lagi pemalu seperti dahulu dan guru dapat menjalankan proses pembelajaran dengan lebih efektif.

Info :

Tahun 2012 :

Jumlah Pelajar Orang Asli Tingkatan 1 : 6 Orang
Cara ke sekolah                                  : Menaiki van yang telah disediakan oleh Jabatan Orang Asli Sungai Berua.
Pakaian                                               : Dibekalkan oleh Jabatan Orang Asli
Makan                                                :  Makan di kantin dengan peruntukan yang disediakan.

Diharap pada masa akan datang lebih ramai pelajar dari kalangan Orang Asli Sungai Berua bersekolah di SMK Jenagor. Mereka dikatakan  mempunyai keupayaan / stamina yang tinggi dan kelebihan yang ada pada mereka mungkin dapat disalurkan pada saluran yang betul.