Followers

07 March 2017






2 MAC 2017:  TEAM JENAGOR tetap unggul dalam Kejohanan Padang & Balapan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Terengganu (MSSDHT) tahun 2017. Meskipun hanya menduduki tempat ke-3 secara keseluruhan, namun ia adalah satu kejayaan yang besar bagi sekolah yang baru serta mempunyai bilangan murid yang sedikit.


Pencapaian pada tahun 2017 dilihat lebih baik berbanding 2016 apabila atlet JenagORIan telah menyumbangkan 10 pingat emas, 11 pingat perak dan 8 pingat gangsa. Apa yang lebih membanggakan kesemua acara merejam lembing telah diungguli oleh atlet JenagORIan. Tiga atlet JenagORIan telah mencipta rekod baru kejohanan iaitu Siti Shakira Mat Rahim (Merejam Lembing P15), Mohd Nasruddin Baharuddin (Jalan Kaki L15) dan Mohd Nor Hafizie Razelam (Melontar Peluru L18).

Seluruh warga SMK Jenagor mengucapkan syabas dan tahniah di atas usaha semua guru dan murid yang terlibat di dalam kejohanan tersebut. Sekian. 

Jenagor Dijulang 2017.