Followers

08 April 2011

Sistem Pengurusan Pertukaran Bukan Guru (e-Tukar Bukan Guru)

Permohonan pertukaran antara negeri kakitangan bukan guru Kementerian Pelajaran Malaysia bagi bulan Julai 2011 melalui E-Tukar Bukan Guru telah dibuka mulai  1 April 2011 sehingga 30 April 2011 melalui link



Sila pastikan sebelum login, keperluan berikut dipenuhi bagi memastikan kelancaran proses permohonan tuan/puan. Dokumen-dokumen berikut perlu disediakan sama ada didalam format pdf/bitmap/jpeg dll untuk di muat naik semasa membuat permohonan pertukaran :

  i) Sijil Pendaftaran Perkahwinan/Nikah ; jika berkaitan
  ii) Surat Pengesahan Majikan Pasangan ; jika berkaitan
  iii) Surat Pengesahan Doktor ; jika berkaitan
  iv) Surat Daftar Perceraian/Kematian ; jika berkaitan
  v) Surat Kelahiran Anak ; jika berkaitan
  vi) Laporan Polis; jika berkaitan ; jika berkaitan dan
  vii) Lain-lain dokumen berkaitan.

- Harap Maklum -
Pengurusan Pertukaran Kakitangan Bukan Guru
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) menerima permohonan pertukaran daripada kakitangan bukan guru di Kementerian Pelajaran Malaysia. Permohonan yang dikemukakan perlu berdasarkan kepada asas-asas seperti berikut:-

a. Mengikut pasangan bertukar
b. Mencari pengalaman baru
c. Masalah peribadi (cth: jauh daripada tempat tinggal / tidak sesuai dengan persekitaran tempat kerja / ancaman keselamatan dan lain-lain sebab munasabah)
Permohonan Pertukaran Atas Talian
Permohonan atas talian ini merupakan satu lagi inovasi Kementerian dalam mempercepatkan proses permohonan pertukaran disamping dapat meningkatkan penggunaan ICT di dalam urusan perkhidmatan. Sistem ini juga dapat menjimatkan masa dan tenaga pengurus sumber manusia di peringkat Kementerian/Bahagian/Jabatan/Institusi dan sekolah.

Proses permohonan pertukaran melibatkan 3 peringkat yang melibatkan pemohon, ketua jabatan, bahagian / jabatan dan pihak Kementerian. Berikut adalah anggaran tempoh masa yang terlibat di dalam proses permohonan atas talian berkenaan:-

Peringkat Aktiviti Tempoh Masa
1 Permohonan Atas Talian oleh Pemohon 30 hari (4 minggu)
2 Kelulusan di peringkat Pengesah I dan II 30 hari (4 minggu)
3 Pemprosesan kelulusan permohonan diperingkat Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 14 hari (2 minggu)
4 Makluman keputusan permohonan pertukaran kepada pemohon 7 hari (1 minggu)

Peringatan

Permohonan tuan/puan perlu disahkan oleh Pengesah I dan Pengesah II terlebih dahulu sebelum dimajukan kepada BPSM. Pengesah I adalah terdiri di kalangan guru besar/pengetua/pengarah-pengarah ipg/pengarah-pengarah kolej matrikulasi,pegawai BTPN dan lain-lain yang melaksanakan tugas sebagai ketua jabatan. Manakala Pengesah II pula terdiri daripada Pengarah JPN/pengarah/setiausaha bahagian dan lain-lain.
 
Pemohon adalah diingatkan untuk membuat susulan dengan Pengesah I bagi memastikan permohonan yang dibuat telah disahkan agar permohonan berkenaan dimajukan kepada Pengesah II.
 

No comments: