Followers

14 March 2013

Team Jenagor Kekalkan Kejuaraan Balapan & Padang MSSM HT 2013

Kuartet 4 X 400M P18 akhirnya meleraikan keresahan para penyokong setia SMK Jenagor apabila menyumbangkan Pingat Emas ke-12 sekaligus menobatkan SMK Jenagor (Team Jenagor) sebagai Johan Keseluruhan Kejohanan Balapan & Padang MSSM HT edisi ke-48 yang melabuhkan tirai pada 14 Mac 2013.
 
Team Jenagor-  Johan Keseluruhan Balapan & Padang MSSM HT 2013
Kuartet 4X400M P18  Penyumbang Mata Kemenangan
Tn. Hj. Zawawi Ismail menyampaikan Trofi Kejuaraan Kepada Pengetua SMK Jenagor, Tn. Hj. Zulkifle Sulong







Selain muncul Johan Keseluruhan, Team Jenagor juga turut mengungguli Kategori L18 dan Kategori P18. Kejohanan pada tahun ini adalah yang paling sengit pernah disaksikan kerana hampir semua sekolah yang mengambil bahagian telah menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan. Berikut adalah penyumbang-penyumbang Pingat Emas kepada Team Jenagor.

Mohd Fitri Amani menyumbangkan 3 Pingat Emas
       Mohd. Fitri Amani Ismail (2 )
 Nor Syafiqah Farhana Abd. Wahab(1)
       Mohd. Amirul Jusoh(1)
       Kamariah Ismail(1)
       Nurul Izzati Mohd Yusof(1)
       Rohana Mohd Ghani(1)
       Mohd Amirul Maidin(1)
       Mohd Syakif Jaafar Sidek(1)
       Nor Fazila Binti Mamat(1)
       Kuartet 4 X 100m L18(1)
Kuartet 4X400m P18(1) 


Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Balapan & Padang ini telah disempurnakan oleh YB Tn. Hj. Rozi Bin Mamat, Exco Belia & Sukan Negeri Terengganu manakala Majlis Penutupan pula telah disempurnakan oleh YB Tn. Hj. Zawawi Bin Ismail, ADUN Kuala Berang. Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam memastikan Team Jenagor mengekalkan Kejuaraan yang telah dimenangi pada edisi sebelumnya.




1 comment:

Anonymous said...

tahniah dan syabas kpd smk jenagor :)