Followers

03 February 2014

TEAM JENAGOR Kekalkan Kejuaraan Merentas Desa MSSM Hulu Terengganu Tujuh Tahun Berturut-turut

Team Merentas Desa SMK Jenagor terus menunjukkan kelas tersendiri apabila mengekalkan Kejuaraan Keseluruhan buat kali ke-7 berturut-turut. Kejohanan pada tahun ini diadakan di SMK Bukit Diman, Ajil, Hulu Terengganu. Muhamad Amirul Jusoh dan Mohd Nasiruddin Ibrahim masing-masing menggungguli kategori L18 dan L15. 
Muhd Amirul Jusoh (Johan L18) & Mohd Nasiruddin Ibrahim (Johan L15)
Team Jenagor juga turut menggungguli Kategori L15, L18 dan P18. Kejohanan tersebut telah disertai 15 buah sekolah menengah di daerah Hulu Terengganu. Tempat kedua keseluruhan dimenangi oleh SMK Matang. Manakala tempat ketiga adalah SMK Sains Hulu Terengganu(SAHUT). Seluruh warga SMK Jenagor mengucapkan tahniah kepada semua guru dan atlit sekolah di atas kejayaan tersebut. We're Proud To Be Jenagorian.

...Credit to Hidayah Bakar for your nice pic..

2 comments:

Nur Hidayah said...

Welcome serr... :)

Nur Hidayah said...

Most Welcome Serr :)
-Hidayah Abu Bakar-