Followers

16 April 2011

MAKLUMAN : SEMAKAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 6 BAWAH 2011 SECARA 'ON-LINE'





Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran kemasukan dan surat tawaran ke Tingkatan Enam Bawah boleh dicetak secara on-line mulai 2 Mei 2011 (Isnin) melalui alamat laman web http://www.emoe.gov.my dan calon juga bloeh menyemak keputusan tawaran melalui perkhidmatan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip seperti berikut : "T.6Nombor Kad Pengenalan" atau "T.6Angka Giliran" dan hantar ke talian 15888.

2. Sehubungan dengan itu, pelajar yang berjaya diminta melaporkan diri mulai 9 Mei 2011 (Isnin) di sekolah yang ditawarkan.

Sumber : JPNT

08 April 2011

Sistem Pengurusan Pertukaran Bukan Guru (e-Tukar Bukan Guru)

Permohonan pertukaran antara negeri kakitangan bukan guru Kementerian Pelajaran Malaysia bagi bulan Julai 2011 melalui E-Tukar Bukan Guru telah dibuka mulai  1 April 2011 sehingga 30 April 2011 melalui link



Sila pastikan sebelum login, keperluan berikut dipenuhi bagi memastikan kelancaran proses permohonan tuan/puan. Dokumen-dokumen berikut perlu disediakan sama ada didalam format pdf/bitmap/jpeg dll untuk di muat naik semasa membuat permohonan pertukaran :

  i) Sijil Pendaftaran Perkahwinan/Nikah ; jika berkaitan
  ii) Surat Pengesahan Majikan Pasangan ; jika berkaitan
  iii) Surat Pengesahan Doktor ; jika berkaitan
  iv) Surat Daftar Perceraian/Kematian ; jika berkaitan
  v) Surat Kelahiran Anak ; jika berkaitan
  vi) Laporan Polis; jika berkaitan ; jika berkaitan dan
  vii) Lain-lain dokumen berkaitan.

- Harap Maklum -
Pengurusan Pertukaran Kakitangan Bukan Guru
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) menerima permohonan pertukaran daripada kakitangan bukan guru di Kementerian Pelajaran Malaysia. Permohonan yang dikemukakan perlu berdasarkan kepada asas-asas seperti berikut:-

a. Mengikut pasangan bertukar
b. Mencari pengalaman baru
c. Masalah peribadi (cth: jauh daripada tempat tinggal / tidak sesuai dengan persekitaran tempat kerja / ancaman keselamatan dan lain-lain sebab munasabah)

30 March 2011

Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) 2011

Kutipan data berlangsung dari 27 Mac 2011 sehingga 16 April 2011. Mohon kerjasama semua pihak untuk menjayakan kutipan data kali ini.

Sekian, terima kasih.




Urusan ini boleh dilakukan di : Portal ICT KPM
 

29 March 2011

HRMIS



Semua anggota kerajaan diminta mengemaskini maklumat diri masing-masing di
url berikut : hrmis sebarang kekeliruan bolehlah merujuk kepada Helpdesk yang telah dicatatkan di web tersebut.

Perhatian !!!!
Sila gunakan : Internet Explorer (IE)

05 March 2011

Ujian Permata Pintar 2011


Macam mana boleh lupa ni... 

27 February 2011

Epantau Online SPM

Sekarang ni semua orang sibuk dengan sukan daerah,,
tut-tut dah sampai due time to submit this,,,,,,

P/s: Mohon kerjasama semua guru yang terlibat memberi kerjasama kepada SU peperiksaan  SMK Jenagor supaya tidak memeningkan kepala beliau,, 

Senang je just clik : Epantau Online SPM

***Cuma untuk guru diTerengganu***

26 February 2011

Sistem Mesra

ScoreA: SELAMAT DATANG KE SCORE A

ScoreA: SELAMAT DATANG KE SCORE A: "DI SINI BERMULANYA KECEMERLANGAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK ANDA Syarat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan iala..."

24 February 2011

Edu Web TV

kita sebagai warga pendidik pernahkah gunakan ia,,





05 January 2011

Lagu Sekolah SMK Jenagor

CEMERLANG TERBILANG

PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH


KAMI WARGA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENAGOR DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH USAHA DAN TENAGA KAMI 

UNTUK

Menyediakan Perkhidmatan Pendidikan yang cemerlang melalui pengurusan yang cekap dan berkesan serta memberi hikmat dengan muhibah dan kemesraan
Memastikan setiap pelajar menjalani proses Pengajaran dan Pembelajaran pada hari pertama sesi persekolahan baru bermula

Menjamin untuk memberi Pendidikan yang Cemerlang dan berkualiti lagi berkesan

Meningkatkan perkembangan sahsiah pelajar pada setiap masa melalui teladan dan pemantauan

Menyediakan suasana Pengajaran dan Pembelajaran yang Kondusif dan Terancang

Mewujudkan iklim sekolah yang Sihat, Selamat dan Harmoni

Menjalinkan perhubungan dan berkomunikasi serta bekerjasama antara Warga Sekolah dengan komuniti setempat

Memberi layanan dan perkhidmatan kaunter yang Mesra Pelanggan

Melaksanakan Perkhidmatan Pentadbiran berkaitan surat-menyurat, aduan dan rayuan, pembayaran dan sebagainya dalam tempoh seminggu

Kami sentiasa memberi saranan, pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina demi mempertingkatkan prestasi serta kualiti Perkhidmatan dan Kecemerlangan Akademik

Visi & Misi Sekolah

Visi



MENJADI SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG


Misi 


MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI