Followers

05 January 2011

Lagu Sekolah SMK Jenagor

CEMERLANG TERBILANG

PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH


KAMI WARGA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENAGOR DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH USAHA DAN TENAGA KAMI 

UNTUK

Menyediakan Perkhidmatan Pendidikan yang cemerlang melalui pengurusan yang cekap dan berkesan serta memberi hikmat dengan muhibah dan kemesraan
Memastikan setiap pelajar menjalani proses Pengajaran dan Pembelajaran pada hari pertama sesi persekolahan baru bermula

Menjamin untuk memberi Pendidikan yang Cemerlang dan berkualiti lagi berkesan

Meningkatkan perkembangan sahsiah pelajar pada setiap masa melalui teladan dan pemantauan

Menyediakan suasana Pengajaran dan Pembelajaran yang Kondusif dan Terancang

Mewujudkan iklim sekolah yang Sihat, Selamat dan Harmoni

Menjalinkan perhubungan dan berkomunikasi serta bekerjasama antara Warga Sekolah dengan komuniti setempat

Memberi layanan dan perkhidmatan kaunter yang Mesra Pelanggan

Melaksanakan Perkhidmatan Pentadbiran berkaitan surat-menyurat, aduan dan rayuan, pembayaran dan sebagainya dalam tempoh seminggu

Kami sentiasa memberi saranan, pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina demi mempertingkatkan prestasi serta kualiti Perkhidmatan dan Kecemerlangan Akademik

Visi & Misi Sekolah

Visi



MENJADI SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG


Misi 


MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI