Followers

14 March 2013

Team Jenagor Kekalkan Kejuaraan Balapan & Padang MSSM HT 2013

Kuartet 4 X 400M P18 akhirnya meleraikan keresahan para penyokong setia SMK Jenagor apabila menyumbangkan Pingat Emas ke-12 sekaligus menobatkan SMK Jenagor (Team Jenagor) sebagai Johan Keseluruhan Kejohanan Balapan & Padang MSSM HT edisi ke-48 yang melabuhkan tirai pada 14 Mac 2013.
 
Team Jenagor-  Johan Keseluruhan Balapan & Padang MSSM HT 2013
Kuartet 4X400M P18  Penyumbang Mata Kemenangan
Tn. Hj. Zawawi Ismail menyampaikan Trofi Kejuaraan Kepada Pengetua SMK Jenagor, Tn. Hj. Zulkifle Sulong






11 March 2013

Dua Trofi Dalam Tempoh Dua Hari


Skuad bolatampar P18 dan skuad bolasepak L18 terus menceriakan semua warga SMK Jenagor apabila menambah dua lagi koleksi EMAS apabila muncul sebagai johan di dalam kedua-dua acara tersebut dalam masa dua hari berturut-turut.

Skuad SMK Jenagor- Johan Bolatampar MSSM Htrg 2013

06 March 2013

MAKLUMAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-7 DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN 2012


  TARIKH     : 9 MAC 2013 (Sabtu)
  MASA        : 8.00 pagi
  TEMPAT    : Dewan Gemilang SMK Jenagor
  PERASMIAN OLEH : YB TN. HJ. ROZI BIN MAMAT,
                                       ADUN TELEMONG

Semua ibu/bapa dijemput hadir ke majlis tersebut. Harap maklum.

24 February 2013

SMK Jenagor Juara Bola Baling City Night Games

Skuad Bola Baling Lelaki SMK Jenagor sekali lagi menunjukkan kehebatan apabila menjuarai Kejohanan Bola Baling Terbuka dalam  Program  Terengganu City Night Games 2013 yang berlangsung pada 23 Februari 2013 (Sabtu) di Gelanggang Serbaguna, Majlis Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak.

08 February 2013

SMK JENAGOR UNGGULI KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSM HT 2013

Tahun 2013 dimulakan dengan penuh keceriaan apabila SMK Jenagor sekali lagi berjaya mempertahankan  Kejuaraan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah Hulu Terengganu yang telah diadakan di SMK Ajil pada 7 Februari 2013.